
Bangun pagi , dipaksa kejut hantar adik kesekolah . Maklumlah hari pertama persekolah sesi 2010 , jalan teramatlah sesak . Perghh menyesal bawak kereta , hahahah . Kemudian aku pulang dan terus ke pc . Aku plan utk tidak sambung tido kerana MOTOR TRADER telah janji nak call . Maka aku berjagalah sehingga jam 10 . Mata sudah mula ngantuk , pc jugak telah boring xda sapa on9 . Kemudian tonton tv dan tertidur . Jam telefon aku telah dikunci pada jam 12.30 . Aku bangun dan terus mandi dan ambil adikku dari sekolah . Pulang makan ambil taksi untuk ayahnda pergi ke hospital . Jam 3 lebih dapat panggilan dari MOTOR TRADER dan meminta aku untuk masuk ke office .
Dengan hati yang gembira ( dapat kerja ) aku pergi ke Mid Valley , Bangsar . Disinilah office aku . Aku diberi tugasan permulaan untuk ke Cheras dan mengambil pesanan dari pelanggan . Setibanya di Cheras , setelah jauh berjalan dari Bangsar , pelanggan cancel pesanan . Aku jadi macam tak tentu hala . Jalan jauh2 tak jadi. Mencarut juga dalam hati tadi . hahaha . Tapi takpa , dugaan hari pertama . Aku pulang ke office , dan ditunjuk ajar oleh senior tentang cara2 yang sebenar untuk mengambil pesanan . Aku dah paham dan tak sabar nak masuk kerja esok ! . hahahah .
Baeklah kawan2 , inilah dia hari pertama aku . Aku sangat gembira dengan kerja aku . Aku tak tahu aku mampu atau tidak bertahan dalam industri pengiklanan ini . Harap2 aku mampu dan bertahan selama mungkin ! Cayok cayok !
0 ulasan:
Catat Ulasan