









Pada aku, ini merupakan ride aku yang paling berjaya . Sebab aku seronok gila2 , walaupon aku tak meleper akibat tayar yang tidak lazat . Namun keseronokan amat dirasai kerana ramai yang hadir. Plannya 3-4 orang je . Tapi menjangkau sangkaan aku . Hahahaha, aku juga berpeluang melakukan sedikit sesi fotomoto bersama en syarul. Hasilnya, dapatlah aku merakam gambar kenangan yang begitu indah dan beautiful. Hehehe, bila lah aku dapat join korang lagi . Moto skang pon lama tak jalan, simpan je . Disc dah naek karat dah, hahahha. Nnt ada duit nak serbis and tukar tayar la , lepastuh BUKIT TINGGI !
Pagi tadi aku terjumpa bapak aku curi2 makan kat dapor . Dia makan durian , dia bangun pelan2 dari katil just utk makan durian . Aku kesian kat dia , tapi mak aku tetap berkasar nak kenakan pantang makan kat ayah aku . Hari2 dia makan ikan je , dia senyum je , dia xle nak marah . Aku kesian sangat2 , dia terpaksa curi2 makan di dalam rumah dia sendiri . Kadang2 aku rasa bersalah bila makan semeja dengan dia , ye lah aku makan sedap dia makan lauk yang sama je hari2 . Aku x faham kenapa mak aku buat camtuh . Dia tak kesian ke kat bapak aku ? , aku tahu bapak aku sakit , tapi dia dah nak sihat selera dia pon tengah sedap . Apa salahnya bagi dia makan durian , bukannya ada chemical pon . Aku tak faham . Aku kesian gila dengan dia , aku tidak berdaya . Kadang2 aku menegur juga mak aku , tapi dia rasa dia tahu semua benda . Dia lebih percaya kata orang luar . Apa guna pantang banyak2 , kalau dah ajal pergi jugak , kan ? . Aku sayang bapak aku , aku tak nak dia pergi tapi aku tak sanggup tengok dia camnie .
BalasPadamAFIQ!
Pak Cik Sayang Mak Pak Cik. Emak Afiq juga sayang Ayah AfiQ. Mak Pak Cik seperti Ayah AfiQ juga. Sama2 tidak sihat. Pak Cik mcm AfiQ jugak, tak mau Mak Pak Cik jugak pergi. TAPI MELIHAT ORANG YANG KITA SAYANG SAKIT MENDERITA MEMILUKAN HATI. Raya dulu Pak Cik berkampung di hospital hanya kerana SECUBIT RENDANG TOK YANG BERLADA. Harap AfiQ dapat mesej yang Pak Cik cuba nyatakan. Sedikit kesilapan akan memudaratkan diri. Itu yang Emak AfiQ cuba lakukan untuk mengelakkan sedikit kesilapan yang boleh membawa kepada mudarat. Kali akhir Pak Cik berjumpa ayah lepas SPM 1973. Pak Cik dengan seorang kawan, Omar Kelantan Kutty ke rumah ayah di Naning. Selepas itu tak jumpa2 lagi. Akhir2 ini, Pak Cik merindui kawan2 lama. Pencarian berakhir dengan menemui gambar ayah bersama dengan kawan di Hospital HUKM melalui Google Image Search dan Blogspot AfiQ. Terkedu! Pak Cik minta AfiQ tinggalkan alamat rumah AfiQ di sini ATAU alamat Wad di mana ayah di rawat. Terima Kasih!
pakcik kawan ayah di jenan dulu ya ?
BalasPadamayah sekarang berada di icu, hospital ampang, dia tidak boleh bernafas dengan sendiri, sekarang dia bernafas dengan bantuan mesin, tetapi keadaan dia stabil ,dia boleh makan, degup jantung , tekanan darah , semua normal .
Ya! Kawan ayah di Jenan 1973-1973 dulu.
BalasPadamSyukur Alhamddulillah! Semua dalam berkeadaan baik kecuali cara bernafas. Tak apa. Buat masa ini, Afiq selalulah bersama dengan ayah. Saat yang terluang berikan untuk ayah. Keperihatinan dan kasih sayang akan memberi kekuatan kepada ayah. Berdoa untuk kesihatan ayah. Take Care
Boleh melawat di icu? Jika boleh, sebaik2 Pak Cik sihat (Selsema dan Batuk yang berpanjangan), Pak Cik nak melawat ayah.
BalasPadam