Rabu, 21 April 2010

Test Ride

Aku sangat seronok semenjak dua menjak nie. Manetaknya, impian aku tercapai walaupon hanya untuk seketika.

2-3 minggu lepas aku dapat try jentera kawasaki yang dimiliki Ali iaitu Ninja 250r. Mula2 aku pandang rendah motor nie sbb aku baca review ramai yang tidak berpuas hati. Namun setelah dicuba kuasa moto ini ada, tetapi kurang diarasai. Top speed best, tapi tork kurang. Pada aku mmg sangat ok lah untuk jentera 250 cc. Kenapa review asik x best je ? Pada aku kalau untuk beginner mmg sesuai sangat. Downside moto ini pada aku cuma satu yang sangat menganggu aku, posisi ride dia . Kurang lazat la. Menegak, nak meroket pon x lazat. Hahaha, meleper ? okaylah... moto orang kan xle nak layan sangat karang kalau dah jatuh abis duit. hahahaha.

Seterusnya minggu lepas aku diberi kepercayaan oleh Zhafir untuk bawa moto ayahndanya. Jentera kawasaki jugak, ZX1400. Perasaan gementar, takut, teruja, seronok, nak terkencing, semua bermain2 di fikiran. walaupon aku hanya dapat try sampai gear 3 je dengan kelajuan 40km/h. Namun aku sudah dapat merasa kelazatannya. Hahahahah, nak try lebih2 zhafir x bagi pulak. Janji kata nak bagi layan duke, tapi janji tinggal janji. Apa2 pon aku sangat berpuas hati dan sangat berbangga dapat try moto hypersport yang gah. Nervous bebe !!

Lastly, hari ini aku teman kawan lama pergi ambik moto dia. Dia beli seacondhand. Jentera Honda, CBR 600rr. Merupakan salah satu dari moto impian aku. Perasaan cemburu menyelubungi diri, namun aku paham mungkin belom rezeki aku. Namun ! rezeki aku untuk merasa telah tiba. Seperti yang aku cakap ia merupakan salah satu motor impian, maka aku tiada apa nak dikatakan tentang moto itu selain daripada BEST GILAAAA !!!!!!!!!!!!!!!!!. Terima Kasih Wan Syarif sebab memberi aku bawa motor kau jalan2.

Terima kasih juga kepada forum FZ150i.co.nr . Kerana tanpa forum ini aku mungkin tidaka akan mengenali rakan bernama Zhafir(zx1400) dan Wan Syarif(CBR600rr).




Suatu hari nanti aku akan memiliki sebuah supersport-bike / superbike

0 ulasan:

Catat Ulasan