Isnin, 17 Mei 2010

24 April 2010

Tarikh ini merupakan tarikh yang merubah hidup aku dan keluarga untuk selama-lamanya. Pada tarikh ini aku telah kehilangan seorang insan yang sangat bermakna dalam hidup aku. Dr Mohamad bin Abdul Samad . Ayah aku telah pulang ke rahmatullah pada jam 4.25 petang di ICU Hospital Ampang . Ayah pergi setelah lama sakit di hospital . Ayah mengidap penyakit barah otak . Ayah merupakan seorang yang sangat baik . Aku merindui setiap saat aku bersama dia , aku bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada aku untuk berjasa kepada dia dan juga peluang kepada aku untuk meminta maaf kepada dia . Aku rindu ingin mengucup dahinya , aku rindu ingin memeluk dia . Namun ayah sudah tiada , ayah kini berada di tempat yang lebih baik , Insya'allah . Aku doakan ayah semoga dipermudahkan dia sana dan juga ada dikalangan orang yang beriman .

Selamat tinggal ayah

0 ulasan:

Catat Ulasan